Tahi itik
Tahi itik

Tahi itik

Tahi itik ialah sejenis kuih yang popular di Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia diperbuat daripada telur dan disira panas-panas di dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek menurut cita rasa pembuatnya. Biasanya kuih tahi itik dibuat serentak dengan jala mas atau pauh dilayang, kerana kedua-dua kuih tersebut menggunakan kuning telur, sementara tahi itik menggunakan putih telur.Tahi itik tidak banyak dijual secara meluas kerana pembuatannya bergantung kepada sisa putih telur daripada penyediaan kuih-kuih lain. Kuih ini boleh didapati di pasar minggu dan pasar tani pada musim-musim tertentu seperti musim cuti sekolah atau ketika majlis perkahwinan diadakan.